أَنَّ
عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ : لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا، أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ،
فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ، وَكَانَ يَقُولُ : خُذُوا مِنْ
الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ، فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا،
وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا
دُووِمَ عَلَيْهِ، وَإِنْ قَلَّتْ، وَكَانَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً دَاوَمَ
عَلَيْهَا.
(صحيح البخاري)
Sungguh
berkata Sayyidatina Aisyah ra :
Belum pernah Nabi saw melakukan puasa sunnah pada suatu bulan pun sebanyak puasa sunnah beliau saw dibulan Sya’ban, dan sungguh beliau saw pernah melakukan puasa Sya’ban sebulan penuh, dan beliau saw bersabda : “Beramallah dari amal amal semampu kalian, sungguh Allah swt tidak pernah bosan hingga kalian sendiri yg bosan”, dan shalat sunnah yg paling disukai Nabi saw adalah yg dilakukan dg berkesinambungan walaupun sedikit, dan beliau saw jika melakukan shalat sunnah maka beliau saw mendawamkannya.
Belum pernah Nabi saw melakukan puasa sunnah pada suatu bulan pun sebanyak puasa sunnah beliau saw dibulan Sya’ban, dan sungguh beliau saw pernah melakukan puasa Sya’ban sebulan penuh, dan beliau saw bersabda : “Beramallah dari amal amal semampu kalian, sungguh Allah swt tidak pernah bosan hingga kalian sendiri yg bosan”, dan shalat sunnah yg paling disukai Nabi saw adalah yg dilakukan dg berkesinambungan walaupun sedikit, dan beliau saw jika melakukan shalat sunnah maka beliau saw mendawamkannya.
(Shahih Bukhari)
Di antara
hikmah dan faedah lain memperbanyakkan puasa di bulan Sya’ban adalah sebagai
salah satu bentuk persiapan memasuki Ramadhan. Iaitu bulan yang padanya umat
Islam akan menunaikan keawajiban berpuasa selama sebulan penuh. Semoga dengan
membiasakan diri berpuasa sunnah di bulan Sya’ban mampu menjadikan tubuh-badan
merasa ringan untuk berpuasa penuh di bulan Ramadhan, insyaAllah.
Puasa Penuh
Di Bulan Sya’ban
‘Aisyah
radhiyallahu ‘anha memberitahu Abu Salamah:
لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا
أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
tidak pernah berpuasa pada suatu bulan yang lebih banyak dari bulan Sya’ban.
Beliau berpuasa pada bulan Sya’ban seluruhnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari,
7/79, no. 1834)
Para ulama
berbeza pendapat dalam memahami hadis ini. Sebahagian daripada mereka
menyatakan kadangkala Rasulullah berpuasa penuh, dan adakalanya Rasulullah
berpuasa pada sebahagian besar dari keseluruhan bulan Sya’ban. Manakala
sebahagian lagi berpendapat menyatakan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
Sallam hanya berpuasa sebahagian besar dari bulan Sya’ban dan tidak pernah berpuasa
untuk keseluruhan bulan Sya’ban.
Dari
perbezaan pendapat yang timbul ini, al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani
rahimahullah (Wafat: 852H) menguatkan pendapat yang menyatakan bahawa
Rasulullah hanya berpuasa pada sebahagian besar dari keseluruhan bulan Sya’ban
dan bukan keseluruhan dari bulan Sya’ban. Beliau menukilkan perkataan Imam
Ibnul Mubarak:
جائز
في كلام العرب إذا صام أكثر الشهر أن يقول صام الشهر كله ويقال قام فلان ليلته أجمع
ولعله قد تعشى واشتغل ببعض أمره.
“Menurut konteks bahasa Arab, apabila
seseorang berpuasa pada sebahagian besar dari sesuatu bulan maka boleh
dikatakan dia berpuasa sebulan penuh. Dikatakan si fulan solat sepanjang malam
padahal ada kemungkinan dia masih makan malam serta sibuk dengan urusan lain.”
(Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/214)
Ini
dikuatkan lagi dengan hadis-hadis yang lain sebagaimana disebutkan di atas
daripada ‘Aisyah, “Aku tidak pernah mengetahui Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa Sallam berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan.” (Hadis Riwayat
al-Bukhari, 7/78, no. 1833)
Juga
berdasarkan kefahaman yang dapat diambil daripada sabda Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa Sallam ini:
لَا
يَتَقَدَّمَنَّ أَحَدُكُمْ رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ أَوْ يَوْمَيْنِ إِلَّا أَنْ
يَكُونَ رَجُلٌ كَانَ يَصُومُ صَوْمَهُ فَلْيَصُمْ ذَلِكَ الْيَوْمَ.
“Jangan sekali-kali salah seorang di
antara kamu mendahului puasa Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari
sebelumnya melainkan bagi orang yang sudah biasa berpuasa pada hari tersebut,
maka bolehlah dia berpuasa pada hari tersebut.” (Hadis Riwayat al-Bukhari,
6/489, no. 1781)
Maka dari
apa yang dapat difahami di sini kita disunnahkan supaya memperbanyakkan puasa
sunnah di dalam bulan Sya’ban berbanding bulan-bulan selainnya. Dan tidak dianjurkan
berpuasa sebulan penuh sebagaimana pendapat yang lebih tepat.
No comments:
Post a Comment